Mereka yang berada di ambang kemenangan dengan dua kali untuk menamatkan perlawanan pada kedudukan 20-19 dan 21-20 pada set penentuan terpaksa akur tewas 21-23 kepada pasangan China, Fu Haifeng-Zhang Nan.
Terdahulu, gandingan itu bermula baik apabila memenangi set pertama 21-16 tetapi gagal mengekalkan rentak di set kedua apabila tumpas 11-21.
Kekalahan itu bagaimanapun tidak harus ditangisi kerana gandingan nombor 12 dunia itu sudah beraksi baik selain melakukan kejutan mara ke final selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu.
Impian negara juga belum berkubur kerana jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei akan menjadi pertaruhan terakhir untuk memenangi emas pertama itu apabila akan turun menentang Chen Long di final malam Sabtu. – BH Online