Utusan dan The Star akhbar bela pencuri

“Esok, saya akan tampilkan beberapa fakta lagi yang berkaitan 1MDB dan Perdana Menteri.

“Saya cabar Utusan Malaysia dan The Star untuk siarkan fakta ini kerana ianya bersumberkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sah.

“Pastinya tidak kerana mereka adalah akhbar pembela pencuri, bukan akhbar yang membela kebenaran,” kata bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Pada masa yang sama, beliau mengungkit sikap beberapa akhbar arus perdana tempatan yang membisu ketika isu 1MDB yang didedahkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, beliau sedikit pun tidak terkesan dengan segala kritikan yang dilemparkan oleh akhbar-akhbar tersebut.

“Apakah cacian dan makian memberi kesan kepada kami? Tentunya tidak.

“Bagaimana akhbar yang sudah hilang kredibiliti boleh menggelar orang hilang kredibiliti dan memberi kesan?,” soalnya. –Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal