Ustaz rotan tiga pelajar tahfiz direman empat hari

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Parit Buntar, Perak pada 10.10 malam Khamis.

“Lelaki terbabit direman selama empat hari bermula hari ini hingga 1 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Bernama di Sungai Petani, pada Jumaat.

Beliau berkata, polis telah mengambil keterangan daripada dua pelajar terlibat berusia 12 dan 10 tahun, masing-masing berasal dari Tikam Batu, Sungai Petani dan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Seorang lagi mangsa bagaimanapun belum dapat dihubungi, katanya. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia