Ustaz Kazim tolak ceramah sepanjang Januari depan

“Saya akan menghabiskan kontrak (sedia ada) dengan syarikat televisyen dan jadual ceramah yang telah disusun sehingga akhir Disember tahun ini,” katanya dalam ceramah perdana di Padang Awam Taman Kaya di Bukit Gantang.

Ceramah itu diadakan sempena Program Pemukiman Menteri Besar Perak bagi Parlimen Bukit Gantang dan Taiping yang bermula semalam sehingga Sabtu ini.

Lebih mesra disapa sebagai Ustaz Kazim, katanya, selain ceramah jemputan, beliau turut mengadakan ceramah pada Sabtu dan Ahad di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi.

“Saya berjumpa antara 200,000 hingga 350,000 orang ramai dalam sebulan menerusi ceramah yang diadakan.

“Kalau saya berehat saya berbangga kerana berjaya mendidik anak murid khatam 30 juzuk al-Quran dan melahirkan ramai pendakwah,” katanya yang menjadi penceramah sejak 25 tahun lalu.

Awal bulan ini Ustaz Kazim dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Bukit Gantang kerana ulser dan pendarahan usus. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia