Ustaz Kazim tidak disihir

Abang beliau, Datuk Mohd. Najmuddin berkata, berita palsu yang disebarkan melalui laman sosial itu amat mengecewakan mereka sekeluarga ke­rana ia merupakan perkara yang sensitif untuk di­terima.

Katanya, orang ramai diminta agar tidak terpengaruh dengan sebarang berita tidak sahih ke­rana adiknya yang kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini berada dalam keadaan stabil.

“Saya mohon kepada semua pihak supaya tidak menyebarkan sesuatu perkara yang tidak benar dan tidak sahih. Biarlah kita mendapat maklumat daripada sumber yang betul.

“Sebagai ahli keluarga Ustaz Kazim, kami kecewa dengan viral yang tersebar kononnya be­liau terkena sihir, sedang nazak dan telah kembali ke rahmatullah.

“Tidak perlu membuat spekulasi kerana ia merupakan perkara yang sensitif bukan sahaja kepada keluarga malah orang lain juga,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Ipoh pada Ahad.

Menurut beliau, adiknya itu melakukan pemeriksaan endoskopi bagi mengesan punca sakit di dalam perut yang dialaminya semalam, memetik Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia