Ustaz Kazim masuk hospital lagi

Mohd Kazim telah dikejarkan ke hospital dan pemeriksaan ke atas beliau sedang dijalankan.

“Mari kita sama-sama berdoa mohon Allah Taala melindungi beliau dan memberi kesembuhan.

“Buat masa sekarang, pelawat tidak dibenarkan,” kata laman itu lagi.

Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian Online, Mohd Kazim dikejarkan ke hospital selepas mengadu penat dan tidak sihat di rumahnya.

Rakan baiknya, Lim Yean Meng berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya pada jam 7.30 pagi sebelum Mohd Kazim dibawa ke wad kecemasan hospital berkenaan pada jam 8 pagi untuk mendapatkan rawatan.

Menurut beliau lagi, Mohd Kazim sepatutnya merasmikan majlis graduasi Tadika Nurul Barakah serta menyampaikan ceramah agama di Pusat Pendidikan Al Barakah pagi ini.

“Bagaimanapun, kesihatan beliau (Mohd Kazim) tidak mengizinkannya untuk menghadiri majlis tersebut dan perlu dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujar Lim.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia