Ustaz Azhar calon PAN di Sungai Besar

Pengumuman pencalonan Azhar dibuat oleh Presiden PAN, Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan calin Pakatan Harapan di Sekinchan di sini.

Azhar yang merupakan Pengerusi PAN Sungai Besar akan menentang calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi dan calon PAS, Dr. Rani Osman yang terlebih dahulu diumumkan calon oleh parti masing-masing.

PRK Sungai Besar diadakan selepas penyandang sebelum ini, Datuk Noriah Kasnon meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini.

Related posts

Jangan keterlaluan memuji saya – Budiman

Tiada sabotaj dalam BN kunci kemenangan besar

PAS harap undi protes untuk menang