Usah ragut hak demokrasi

Menteri di JPM, Abd Rahman Dahlan bersetuju cadangan tersebut dan meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) supaya mengenal pasti syarikat yang ada kaitan dengan BERSIH untuk disenaraihitamkan serta merta.

Namun beberapa pemimpin BN termasuk pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan tidak bersetuju dan menyifatkan langkah tersebut kurang demokratik. Sementara golongan usahawan pula berpendapat bahawa himpunan BERSIH tiada kaitan dengan syarikat pembangunan. Mereka menganggap urusan politik tidak boleh dicampur aduk dengan perniagaan.

Sebenarnya, EPU ditubuhkan bertanggungjawab merancang strategi dan dasar pembangunan ekonomi negara. Namun, jika EPU diarah untuk menyiasat latar belakang politik syarikat, ia adalah dianggap membuang masa dan menyimpang daripada tujuan asal penubuhannya.

Kedua, Artikel 10 Perlembagaan Negara juga memberi hak kepada rakyat mengadakan perhimpunan, manakala negara juga mempunyai Akta Perhimpunan Aman 2012. Oleh itu, tiada siapa yang boleh menghalang BERSIH 2.0 daripada mengadakan perhimpunan.

Pihak berkuasa boleh mengambil tindakan jika perhimpunan tersebut menjejaskan ekonomi atau menjatuhkan kerajaan secara haram. Namun kerajaan tidak boleh menggunakan kuasa yang ada untuk melakukan ugutan atau berdendam.

Kerajaan meluluskan sesuatu syarikat untuk mendapatkan kontrak adalah berdasarkan kemampuan dan merit. Jika syarikat mematuhi undang-undang, kerajaan tidak boleh menyenaraihitamkannya semata-mata atas dasar bertentangan pendirian politik kerana tindakan tersebut dianggap meragut hak demokrasi. – China Press

Related posts

Kaedah pengiraan jatuhkan Najib

“Tugasan besar” DAP

Hadi Awang “Man of the year”