Usah percaya viral ayam disembelih tidak ikut hukum syarak – Jakim

Jakim dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya bersama pegawai pemantauan Jabatan Agama Islam Selangor telah membuat pemeriksaan di pasar raya tersebut dan mendapati keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya adalah kesan daripada tindakan menarik kepala ayam.

“Ia menyebabkan kulit leher ayam itu tertarik panjang dan memperlihatkan seperti tiada proses penyembelihan berlaku.

“Produk ayam yang dijual di pasar raya tersebut dikenal pasti diambil dari dua pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah,” menurut kenyataan itu.

Pengguna dinasihatkan sentiasa berhati-hati dalam memilih produk di pasaran serta memilih premis yang bersih bagi memastikan produk tersebut halalan toyyiban.

Sementara itu, bagi mengetahui tempat penyembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, pengguna boleh merujuk laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim.

Sebarang aduan atau pertanyaan juga boleh berhubung terus melalui emel di pr_halal.islam@1govuc.gov.my dan talian 0388925000/1. – Bernama

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah