UPSR: 4,896 murid dapat A semua subjek

Beliau berkata calon tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“Kita tidak boleh membandingkan analisis UPSR 2016 daripada tahun lalu kerana ini merupakan kohort pertama yang mengikuti KSSR,” katanya mengumumkan analisis keputusan UPSR 2016 di Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

Dr Khair berkata seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B; 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B; 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C).

“Seramai 152,825 calon atau 34.67 peratus (minimum 1D), 137,262 calon atau 31.14 peratus (minimum 1E) manakala 9,519 calon atau 2.16 peratus mendapat semua E,” katanya.

Gred Purata Nasional (GPN) UPSR 2016 merekodkan 2.96 mata, katanya.

Secara keseluruhannya, Khair berkata beliau berpuas hati dengan keputusan USPR tahun ini kerana murid bukan sahaja dapat menjawab soalan aneka pilihan tetapi mampu menjawab soalan terbuka yang memerlukan daya fikiran.

“Format baharu UPSR telah menambah ujian subjektif bagi kertas Pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa berbanding hanya ujian objektif sebelum ini.

“Soalan objektif pelbagai bentuk dan respons terhad merupakan elemen baharu bagi kertas pemahaman mulai peperiksaan USPR tahun ini di samping pengekalan soalan objektif aneka pilihan,” jelasnya.

Menurut Khair, penambahbaikan terhadap format itu dapat memberi gambaran tentang kekuatan dan kelemahan calon dalam kemahiran membaca (pemahaman) dan menulis.

“Bagaimanapun, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris yang dipecahkan kepada bahagian pemahaman dan penulisan (tahun lepas digabungkan) dan mendapati aspek penulisan calon-calon masih belum mencapai tahap diharapkan,” katanya.

Ketika membuat perbandingan mengenai pencapaian calon bandar dan luar bandar, Khair berkata prestasi calon bandar adalah lebih baik berbanding calon luar bandar bagi pencapaian semua A, maksimum 1B, minimum 2B dan minimum 1C.

Peratusan calon yang mendapat pencapaian cemerlang dalam semua mata pelajaran iaitu semua Gred A di bandar dan luar bandar pada tahun ini, masing-masing adalah 1.48 peratus (3,174) dan 0.76 peratus (1,722).

“Ini bermakna jurang pencapaian cemerlang antara calon di bandar dan di luar bandar adalah 0.72 peratus,” katanya.

Bagi calon berkeperluan khas (CBK), seramai 1,333 calon telah menduduki peperiksaan UPSR tahun ini, dan dua calon telah memperoleh pencapaian cemerlang semua A dan tujuh lagi memperoleh pencapaian maksimum 1B dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Ditanya apakah yang perlu diberikan perhatian atau fokus oleh calon tahun hadapan, Khair berkata: “Untuk peperiksaan 2017, calon perlu dilengkapi dengan keputusan peperiksaan UPSR, pentaksiran sekolah dan aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum.

“Selain itu, kita mahu calon-calon menunjukkan keupayaan intelek melalui penguasaan ilmu, sahsiah serta pentaksiran psikometrik yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai calon secara menyeluruh.”

Khair berkata maklumat itu akan menunjukkan kecenderungan dan minat para pelajar dan boleh digunakan oleh semua pihak kerana ia menggambarkan profil calon sebagai modal insan untuk negara di masa akan datang.

Kepada soalan lain, beliau memaklumkan semua pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR 2016 layak memasuki Tingkatan Satu.— Bernama

Secara keseluruhannya, Khair berkata beliau berpuas hati dengan keputusan USPR tahun ini kerana murid bukan sahaja dapat menjawab soalan aneka pilihan tetapi mampu menjawab soalan terbuka yang memerlukan daya fikiran.

“Format baharu UPSR telah menambah ujian subjektif bagi kertas Pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa berbanding hanya ujian objektif sebelum ini.

“Soalan objektif pelbagai bentuk dan respons terhad merupakan elemen baharu bagi kertas pemahaman mulai peperiksaan USPR tahun ini di samping pengekalan soalan objektif aneka pilihan,” jelasnya.

Menurut Khair, penambahbaikan terhadap format itu dapat memberi gambaran tentang kekuatan dan kelemahan calon dalam kemahiran membaca (pemahaman) dan menulis.

“Bagaimanapun, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris yang dipecahkan kepada bahagian pemahaman dan penulisan (tahun lepas digabungkan) dan mendapati aspek penulisan calon-calon masih belum mencapai tahap diharapkan,” katanya.

Ketika membuat perbandingan mengenai pencapaian calon bandar dan luar bandar, Khair berkata prestasi calon bandar adalah lebih baik berbanding calon luar bandar bagi pencapaian semua A, maksimum 1B, minimum 2B dan minimum 1C.

Peratusan calon yang mendapat pencapaian cemerlang dalam semua mata pelajaran iaitu semua Gred A di bandar dan luar bandar pada tahun ini, masing-masing adalah 1.48% (3,174) dan 0.76% (1,722).

“Ini bermakna jurang pencapaian cemerlang antara calon di bandar dan di luar bandar adalah 0.72%,” katanya.

Bagi calon berkeperluan khas (CBK), seramai 1,333 calon telah menduduki peperiksaan UPSR tahun ini, dan dua calon telah memperoleh pencapaian cemerlang semua A dan tujuh lagi memperoleh pencapaian maksimum 1B dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Ditanya apakah yang perlu diberikan perhatian atau fokus oleh calon tahun hadapan, Khair berkata: “Untuk peperiksaan 2017, calon perlu dilengkapi dengan keputusan peperiksaan UPSR, pentaksiran sekolah dan aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum.

“Selain itu, kita mahu calon-calon menunjukkan keupayaan intelek melalui penguasaan ilmu, sahsiah serta pentaksiran psikometrik yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai calon secara menyeluruh.”

Khair berkata maklumat itu akan menunjukkan kecenderungan dan minat para pelajar dan boleh digunakan oleh semua pihak kerana ia menggambarkan profil calon sebagai modal insan untuk negara di masa akan datang.

Kepada soalan lain, beliau memaklumkan semua pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR 2016 layak memasuki Tingkatan Satu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia