Upin, Ipin satu-satunya watak animasi dalam video keamanan UNICEF ‘Imagine’

Dua watak animasi paling popular di Malaysia itu muncul dalam video berkenaan bersama-sama duta UNICEF lain dalam versi lagu ikonik John Lennon, Imagine.

Projek itu dihasilkan untuk mengajak masyarakat dari semua negara meminjamkan suara mereka untuk kanak-kanak dari serata dunia.

Video berdurasi tiga minit itu yang boleh ditonton melalui portal http://vast.am/imagine.

Selain Upin dan Ipin, video itu juga mengandungi tokoh dan artis berpengaruh seperti Duta UNICEF, Katy Perry, Shakira dan Priyanka Chopra serta bintang dalam dunia muzik, sukan dan filem seperti Neymar Jr., Will.i.am dad Idris Elba. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia