UniMAP sedia tawar tempat kepada Nur Shakinah

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, tawaran itu dibuat kerana UniMAP merupakan universiti yang berteraskan kejuruteraan selain paling hampir dengan kediaman keluarga pelajar itu di Sungai Petani, Kedah.

“Kami amat bersimpati dan terkesan dengan insiden yang berlaku ke atas Nur Shakinah, dan ingin memberi peluang kepada beliau untuk menyambung belajar di UniMAP sekiranya ingin kembali ke tanah air.

“Saya berharap tawaran ini wajar dipertimbangkan dan kami bersedia bertemu Nur Shakinah dan keluarganya sebaik mereka pulang ke tanah air,” kata Zul Azhar dalam satu kenyataan di Kangar pada Isnin.

Nur Shakinah, 19, melanjutkan pengajian di Universitaire de Technologie (IUT), Rouen, Perancis atas tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ialah bekas pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu, Sungai Petani.

Kehilangan pelajar itu sejak Jumaat lepas dilaporkan oleh teman serumahnya, bagaimanapun dia ditemui selamat pada 29 September lalu. Difahamkan Nur Shakinah menghilangkan diri kerana tertekan dengan pengajian yang diikutinya. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia