Undi Amanah sama seperti undi DAP

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, walaupun DAP tidak bertanding dalam kedua-dua PRK tersebut, parti itu telah menaja PAN menjadikan PAS berdepan dengan tiga parti.

“AMANAH ditaja oleh DAP, sebab DAP pun kata mereka akan sokong (AMANAH), sokong DAP sama macam sokong AMANAH juga.

“Jadi kita lawan tiga parti sekarang, AMANAH, BN dan DAP,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-62 di Kota Bharu hari ini.

Mengulas lanjut perkara itu, bekas Setiausaha Agung PAS itu merasakan PAN lebih bersungguh-sungguh menentang parti itu berbanding musuh tradisi, UMNO.

“Yang beria-ria benar nak bertanding lawan PAS ini PAN (AMANAH) sebenarnya.

“Umno itu dah lawan tradisi kita. Sejarah 65 tahun PAS, cuma lima tahun kita tak lawan Umno, 60 tahun lagi kita lawan Umno,” ujarnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri