Undang-undang khusus kawal sempadan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata dua model perundangan membabitkan Australian Border Force Act 2015 dan UK Borders Act 2007 akan menjadi panduan kepada KDN dalam merangka akta baharu itu.

“Dalam usaha memperkukuhkan agensi ini (AKSEM), kita berniat dan berusaha lakukan undang-undang sendiri dalam laksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana ikrar yang terdapat dalam dua perundangan itu.Â

Sempena majlis itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengumumkan penggunaan nama baharu AKSEM sebagai Agensi Kawalan Sempadan Malaysia yang berkuatkuasa hari ini, berbanding Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia sebelum ini.

Ahmad Zahid dalam dalam masa mengakui kepentingan bidang tugas AKSEM yang berjaya mencatat rekod cemerlang dalam tempoh kurang setahun dikuatkuasakan bermula November lalu.

Justeru, beliau memberikan komitmen tinggi kerajaan termasuklah KDN untuk memastikan aspek kawalan sempadan dipertingkatkan dengan penyediaan tembok sempadan yang lebih kukuh, kamera litar tertutup (CCTV) dan penggunaan drone.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia