UMNO sudah matang, mampu tangani cabaran – Abdul Rahman

Memetik laporan Astro Awani, Abdul Rahman juga yakin UMNO tidak mudah tergugat dengan kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang disifatkannya sebagai cubaan untuk menggugat kestabilan politik negara.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata tindakan itu jelas menunjukkan parti pembangkang cuba main buyuk (tipu dalam bahasa tempatan Sabah) untuk menjatuhkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apabila tidak dapat jatuhkan presiden, mereka main buyuk dengan melemparkan pelbagai fitnah, tohmahan dan tuduhan.

“Tidak cukup itu, mereka cari pihak luar untuk mengganggu-gugat kestabilan politik negara kita,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sandakan pada Ahad.

Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Ampong Puyon, Ketua Wanita Noraini Sulong, Ketua Pemuda Fakaruddin Ampong dan Ketua Puteri Siti Haiba Abd Majid.

Abdul Rahman juga kesal kerana setelah 25 tahun menyemai benih perjuangan UMNO di Sabah, ada pihak yang cuba menggugatnya dengan mengajak anggota parti berhijrah kepada parti pembangkang itu.

Pada persidangan hari ini, UMNO Bahagian Sandakan sebulat suara menyuarakan sokongan berterusan kepada Najib selaku Presiden UMNO dan perdana menteri.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri