UMNO sokong akta dana politik

Ia bagi penambahbaikan soal integriti dan pembiayaan politik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, ia bukan perkara baharu malah pernah diutarakan oleh UMNO dan Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dalam mewujudkan kaedah sumbangan politik yang lebih telus di negara ini.

“Jadi pada prinsipnya, kita bersetuju dan kita perlu menyokong kepada kaedah baharu yang mana kaedah ini perlu disokong oleh kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pembangkang),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara pada Jumaat.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri