UMNO Selangor tak terbabit dengan baju merah – Noh Omar

Katanya, UMNO Selangor tidak terbabit dengan perhimpunan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia diketuai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, untuk menyekat perhimpunan Bersih 5.0.

“Saya tak mahu ulas lanjut berkaitan perhimpunan itu kerana ia digerakkan NGO. UMNO Selangor tak terbabit dan tiada keperluan untuk saya ulas lebih lanjut,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja ke Projek Perumahan Rakya (PPR) Lembah Subang 2, di Subang pada Isnin.

Sebelum ini, Jamal dilaporkan berkata Gabungan NGO Malaysia tidak teragak-agak turun sama berhimpun di lokasi perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 November depan jika ia diadakan tanpa mengikut lunas undang-undang.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri