“Ini bakal terjadi jika kerajaan membentangkan rang undang-undang seumpama itu atau sama dengan usul Akta 355 yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Walaupun (MCA) hanya ada tujuh ahli parlimen di Dewan Rakyat, kita akan mengundi menentangnya, katanya,” sambil menambah jika UMNO tidak mempedulikan suara yang tidak sehaluan daripada parti komponen BN, maka ia akan menjadi dalang yang memecahkan BN.
“UMNO yang mengkhianati semangat BN, bukan MCA,” katanya.
Perhimpunan Akta 355 PAS bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pindaan itu yang akan membolehkan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman yang lebih berat dengan meningkatkan had hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan kepada penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.
Mengulas lanjut Liow berkata dua sistem undang-undang akan hanya memecah-belahkan rakyat.
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat, terutamanya masyarakat Cina, supaya tampil bagi menghalang pindaan itu daripada diluluskan di Parlimen. -Makkal Osai