UMNO perlu kukuhkan parti, utamakan rakyat

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata peringatan itu sentiasa disebutkan dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO saban tahun dan beliau yakin melalui pegangan itu, UMNO mempunyai motivasi kuat untuk terus memimpin negara ke arah kejayaan.

“Insya-Allah, perjuangan murni UMNO ini akan terus dirahmati Allah SWT!,” kata beliau melalui catatan Facebooknya hari ini.

Najib turut memuat naik video ucapannya pada perhimpunan sebelum ini, yang antaranya menyentuh aspek perpaduan dan ketabahan parti menghadapi cabaran.

Video itu berdurasi tiga minit lima puluh saat.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini dengan pelbagai acara penting diatur sepanjang hari. –Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri