UMNO masih kuat – Khalid Samad

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad, berkata menyedari hakikat itulah yang menjadikan PPBM kini sibuk mencari rakan untuk bersama menumbangkan Barisan Nasional (BN).

“Bersatu (PPBM) tak anggap UMNO lemah. Itu sebab mereka sedang usaha cari rakan. Kita kena yakinkan, kitalah (pakatan) rakan yang dicari itu.

“Kita kena kerja keras di peringkat akar umbi, dapatkan ahli lagi bukan duk halau PKR dan Bersatu (PPBM),” katanya dalam satu perbualan dalan kumpulan What’sApp yang terdiri dalam kalangan ahli pembangkang malam tadi.

PPBM yang dipimpin Tan Sri Muhyiddn Yassin akan menjadi parti baharu dalam pakatan bersama PKR, DAP dan PAN.

Muhyiddin menubuhkan PPBM selepas disingkirka dari UMNO dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi parti baharu itu.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri