UMNO Kelantan tidak termakan agenda BERSATU

Setiausaha UMNO Kelantan, Datuk Hanafi Mamat berkata, beliau percaya ahli-ahlinya masih setia menyokong dan mendukung perjuangan parti, sekali gus tidak mudah dihasut mana-mana pihak.

“Saya yakin, mereka tidak mudah termakan hasutan,” katanya memetik laporan Sinar Harian Online.

Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa kepimpinan lain dijadualkan akan membuat ceramah sulungnya di Ketereh.

Ketika ditanya adakah UMNO negeri akan mengambil tindakan kepada mana-mana ahli yang menyertai ceramah tersebut, beliau berkata, masih terlalu awal untuk menjangkakan adanya ahli parti berkenaan hadir di majlis itu.

“UMNO tidak akan terburu-buru untuk ambil tindakan. Walau bagaimanapun, saya yakin, ahli UMNO yang bijak dan tahu menghormati parti tidak akan hadir ceramah tersebut. Dan saya juga nasihatkan mereka untuk tidak hadir,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri