UMNO Kelantan giatkan kempen tentang PAS

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata antara isu yang akan dibangkitkan kepada pengundi termasuklah masalah pemilikan tanah, setinggan dan kurangnya peluang ekonomi.

“Rakyat telah beri peluang kepada PAS untuk majukan Kelantan sejak 27 tahun lepas, namun masih tiada perubahan…kalau ada pun (pembangunan) ia jasa kerajaan Persekutuan.

“Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), UMNO Kelantan akan memperkukuhkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) terutama di luar Kelantan bagi mendekati pengundi muda yang tinggal di luar negeri itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama anggota jawatankuasa Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Gris, Dabong di sini, semalam.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata UMNO turut merancakkan program mendekati golongan mahasiswa agar mereka tidak mudah dikelirukan dengan fitnah. –Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal