Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, seluruh rakyat di negara ini kesal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu selain disifatkan cukup tidak bertanggungjawab.
“Sebagai orang Islam melihat binatang dianiayai pun kita terasa inikan pula penindasan terhadap manusia. Kita tidak boleh terima penindasan seperti ini.
“Isu tersebut akan dibawa dan dibahas pada Perhimpunan Agung UMNO nanti dan saya juga bersetuju sekiranya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini,” katanya, memetik Utusan Online.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anugerah kepada murid cemerlang UPSR di Pondok Moden di Jeli pada Ahad.