UMNO, BN Sabah mampu berdepan parti Sahfie Apdal – Zahid

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dilaporkan berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti menyifatkan, tindakan itu satu kejanggalan sebagaimana yang berlaku apabila seorang bekas presiden UMNO dan pengerusi BN bersama bekas timbalan presiden UMNO dan timbalan pengerusi BN mewujudkan parti baharu baru-baru ini.

“Tetapi saya harus nyatakan bahawa atas rasa hormat dan sikap profesional, kita tidak menidakkan hak rakyat Malaysia untuk berpolitik demi menterjemahkan semangat demokrasi yang diamalkan kerajaan,” katanya kepada wartawan Malaysia di New York, awal pagi Jumaat.

Beliau kini berada di New York untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mohd Shafie. bertindak keluar UMNO pada 4 Julai lepas setelah digantung keanggotaannya pada 24 Jun lalu.

Mohd. Shafie yang merupakan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengunjungi pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya pada Khamis untuk memohon proses pertukaran nama parti berkenaan dan logonya.

“Kita akan berlaku adil dan ROS akan melakukan tindakan secara profesional sebagaimana kita mendaftarkan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia),” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan, apa yang penting ialah jentera UMNO dan BN keseluruhannya diperkasakan bagi menentukan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia