Umat Islam dilarang main Pokemon Go, Mufti WP

“Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, keputusan yang dikeluarkan itu mempunyai asas memandangkan permainan tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada penggunanya.

“Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat.

“Manakala Pokemon Go pula berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku membawa kepada bahaya dari segi pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamtan seperti kemalangan, kelalaian.

“Ketagihan melampau terhadap gajet, kehilangan fokus realiti sekeliling, gangguan emosi seperti mudah marah akibat kekalahan, membawa kepada akhlak yang buruk dan ancaman kepada pekerjaan dan pelajaran,” memetik kenyataan tersebut.

Dalam masa yang sama, pihak Mufti Wilayah Persekutuan mengesyorkan kepada umat Islam di negara ini untuk memilih permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, dan juga tiada unsur khurafat yang mengarut.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia