UM nafi beri Ijazah Kehormat kepada Azizan Osman

UM dalam satu kenyataan menegaskan universiti tidak pernah menganugerahkan gelaran tersebut seperti yang tertera di laman web Richwork milik Azizan yang ada menyebut Azizan Osman memperoleh Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM).

“Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Azizan Osman.

“Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut,” menurut kenyataan tersebut.

Baru-baru ini viral mengenai status sebenar PhD yang dimiliki oleh Dr. Azizan Osman apabila ramai pihak yang mempertikaikan status “Dr” yang dimiliki oleh Dr. Azizan Osman sama ada betul atau palsu.

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah