Ular tedung menetas di bilik darjah

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kinta, Perak, Khairol Mohd Noor berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa pemilik pusat berkenaan menemui seekor ular berwarna hitam dalam stor berkenaan.

“Apabila menangkap ular berkenaan, kita turut menemui seekor lagi dalam perabot.

“Susulan itu, semua anggota bertindak menyelongkar bilik berkenaan dan menangkap keseluruhan ular berjumlah enam ekor,” katanya.

Khairol berkata, berdasarkan pemerhatiannya, anak ular berkenaan dipercayai seminggu menetas dalam bilik itu.

Beliau berkata, pihaknya turut difahamkan tiada murid di premis berkenaan ketika kejadian.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar menjaga kebersihan di kawasan kediaman bagi memastikan tiada tikus mahupun katak sehingga mengundang kehadiran reptilia itu.

“Kebersihan perlu dititik beratkan selain mengambil inisiatif untuk menutup lubang tandas serta ruang bawah pintu yang boleh dimasuki ular tanpa disedari terutama pada waktu malam,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia