Parti itu kini lebih cenderung menggunakan diplomasi berbanding menjadi pembangkang secara membuta tuli dalam merungkai permasalahan yang timbul.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata usaha menjatuhkan Najib dan menggantikannya dengan pemimpin UMNO tidak merubah apa-apa kepada negara.
“Kita menolak sebarang usaha menyingkirkan Perdana Menteri jika yang menggantinya adalah orang UMNO juga.
“Kalau tukar PM (Perdana Menteri) dan yang menggantinya UMNO juga, tiada beza.
“PAS mahu menggunakan politik dengan menasihati dan bukan membangkang semata-mata. Ini yang kita panggil politik matang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada majlis perasmian Dewan Ulama PAS ke-55 di Sweet Beach Resort di sini, malam tadi.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.