Ukur baju sendiri dahulu sebelum berhajat tanding PRK – Abdul Hadi

Tegas Abdul Hadi, PAS mempunyai harapan yang lebih cerah berdasarkan sokongan akar umbi yang kuat di kedua-dua kawasan tersebut.

“Sepatutnya semua pihak yang mahu perubahan di negara ini menghormati kedudukan PAS. Jangan nak berebut.

“PAS berpijak di bumi nyata di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Sepatutnya mereka (parti yang mahu bertanding) mengukur baju di badan sendiri,” katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Pengkalan Chepa yang turut dihadiri Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, di sini.

Terdahulu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohammad Sabu bertegas untuk meletakkan calonnya di kedua-dua kerusi tersebut dan bersedia berdepan dengan mana-mana parti kecuali PKR dan DAP.

Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri