UKM batalkan undangan Eric Paulsen

Paulsen berkata, beliau pada awalnya dijemput oleh Persatuan Pelajar Undang-undang Asian (ALSA), Julai lalu.

Bagaimanapun, pada Jumaat beliau dimaklumkan oleh wakil ALSA bahawa beliau tidak lagi menjadi penceramah pada majlis itu kerana pandangannya mengenai undang-undang keselamatan dan hak asasi manusia “terlalu kontroversi untuk pelajar undang-undang”.

“Saya amat kecewa kerana pelajar-pelajar kita berhak yang lebih baik,” dakwanya sambil menambah bahawa pengajian tingi awam bertanggungjawab kepada orang ramai dan wajar memperjelaskan mengenai tindakan berkenaan.

“Mereka (universiti) seharusnya bebas, menerima kebebasan akademik untuk mendapatkan peluang dalam kedudukan teratas universiti,” kata Paulsen.

Sumber dari UKM mengesahkan Paulsen digugurkan dari senarai penceramah.

Beliau berkata, pihak pengurusan universiti berpendapat slot berkenaan akan dipolitikkan kerana ia sepatutnya menjadi satu wacana akademik.

Pada 2015, Paulsen didakwa kerana menghasut apabila mengeluarkan satu kenyataan di Twitter dengan mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme. -mStar

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri