Turki tutup premis akhbar susulan rampasan kuasa

Lebih daripada 110,000 orang sudah dipecat atau digantung dalam dari perkhidmatan tentera, awam, badan kehakiman dan bidang lain manakala 36,000 dipenjara sementara menanti perbicaraan sebagai sebahagian daripada siasatan susulan pemberontakan yang gagal.

Ankara menyalahkan ulama yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen dan penyokongnya yang digelar “Pertubuhan Keganasan Gulenist,” mendalangi usaha rampasan kuasa, hingga menyebabkan lebih daripada 240 orang terbunuh.

Gulen, yang menetap dalam buangan di Pennsylvania sejak 1999, tetap menafikan pembabitannya dan mengutuk rampasan kuasa itu. – Reuters

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia