Tunjuk gambar hasil curi di Facebook, orang gaji Zizie Ezzette ditahan

Wanita Indonesia berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 malam selepas pihak polis menerima laporan daripada Zizie Ezette yang juga majikannya berhubung pelbagai mata wang miliknya dipercayai dicuri wanita tersebut.

Tindalannya itu terbongkar apabila dia memuat naik sekeping gambar mata wang asing di laman sosial Facebook miliknya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin telah diberitahu oleh pembantu peribadinya pada 9 Ogos lalu berhubung gambar yang dimuat naik suspek.

Katanya, mangsa yang ketika itu berada di luar negara menafikan dia memberi wang kepada orang gajinya sebelum mengarahkan pembantu peribadinya memeriksa bilik suspek.

“Mangsa meminta pembantu peribadinya memeriksa bilik suspek bagi mendapatkan kesahihan berhubung perbuatan jenayah yang dilakukan,” jelasnya menurut laporan Kosmo Online.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran