Tunggu sahaja apa parti baharu boleh tawar – Salleh Keruak

Dalam catatan terbaharu di blog beliau bertajuk “Mahathir’s last throw of the dice”, Salleh berkata, banyak parti dan pakatan baharu ditubuhkan dalam tempoh 65 tahun lalu sejak 1951.

“Senarai parti dan gabungan yang dibentuk dan kemudian berkubur begitu banyak sekali. Ia bukan setakat menubuhkan parti dan gabungan untuk memenangi pilihan raya.

“Apa yang lebih penting ialah apa yang mereka harap untuk capai dan bagaimana mereka berharap untuk mencapainya.

“Ada sesetengah dapat bertahan sehingga sekarang sementara kebanyakannya telah berkubur. Kadang-kadang pengundi lebih suka kepada parti yang dicuba dan diuji berbanding parti yang tidak diketahui dan belum diterokai,” katanya.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Pakatan pembangkang baharu itu turut disertai DAP, PKR dan Amanah sebagai parti komponen. Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri