Perkara itu disahkan oleh oleh Peguam Tun Mahathir, Mohammad Rafique Rashid Ali yang hadir ke mahkamah hari ini bersama bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin dan bekas Naib Pengerusi UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung kes saman RM2.6 bilion.
Menurut Rafique, keputusan itu diambil oleh pihaknya selepas Hakim, Datuk Abu Bakar Jais menjelaskan mereka boleh membangkit perkara tersebut ketika permohonan Najib untuk membatalkan saman itu didengari kelak.
Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Rafique diberitahu Hakim Abu Bakar telah menetapkan pada 7 November ini untuk mendengar permohonan pembatalan Najib.
Pada 27 Julai yang lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Mahathir, Anina dan Khairuddin untuk menyoal balas Najib setelah Hakim Abu Bakar Jais memutuskan isu percanggahan pembelaan Najib boleh dikemukakan semula sekali lagi apabila permohonannya untuk membatalkan saman itu didengar.
Keputusan tersebut dibuat di dalam kamar dengan hakim membaca penghakiman 50 muka surat itu.