Lebih mengecewakan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kritikkan tersebut dilontakkan ketika Najib berada di Jerman yang menjadi tetamu kehormat Canselor Angela Merkel dan berjuang untuk meningkatkan kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia dan rakyatnya.
“Jerman telah menebus kembali kesilapan lalunya dan membina sebuah negara demokrasi yang menjadi contoh kepada yang lain.
“Ianya adalah salah untuk memburukkan negara dan mengorek kembali sejarah hitamnya hanya demi kepentingan hasil politik diri sendiri.
“Beliau telah telah menyinggung dan menimbulkan rasa meluat di Jerman, yang mana tahun lepas merupakan pelabur terbesar dari Eropah ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah jumlah pelaburan Jerman adalah USD 11.4 bilion.
Mengulas lanjut lawatan kerja Najib ke Jerman itu, Rahman menegaskan ianya telah membuktikan bahawa dakwaan Tun Mahathir Malaysia sedang dilanda kegagalan adalah salah sama sekali.
“Mungkin ia adalah untuk menutup rasa malunya sendiri bahawa Dr Mahathir kini telah mencapai tahap terendah yang baru.
“Ianya sangat memalukan untuk melihat bekas Perdana Menteri memusnahkan legasi beliau sendiri dan menggambarkan dirinya sebagai orang tua yang berdendam dan hanya untuk memastikan anaknya sendiri menjadi Perdana Menteri.
“Longkang bukanlah tempat untuk seorang perdana menteri – dahulu atau sekarang. Ianya adalah menyedihkan bahawa Dr Mahathir seolah-olah kelihatan begitu selesa di situ,” ujarnya.