Tun Mahathir perlu bincang dengan pembangkang siapa bakal PM

Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar berkata, tindakan Tun Mahathir membuat pengumuman berkaitan calon PM tanpa berbincang dengan pakatan pembangkang boleh mencetuskan rasa tidak berpuas hati dalam kalangan pembangkang.

Xavier berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Tun Mahathir bahawa pembangkang harus menerima bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang PRU akan datang.

Kata beliau, tindakan terburu-buru itu boleh menyebabkan masalah walaupun kerjasama terjalin antara pakatan pembangkang.

PKR dan DAP terus berpendirian bahawa bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjadi PM sekiranya pakatan menang PRU akan datang dan menawan Putrajaya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

Tun Mahathir dalam satu temubual khas di London, United Kingdom mendedahkan terdapat kemungkinan Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang mengambil alih pemerintahan negara ini.

“Lagipun, perkara ini tidak perlu dibincangkan sekarang kerana merasakan tidak sesuai kali ini,” katanya lagi. – Tamil Nesan

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal