Tun Mahathir faham isyarat apabila melepaskan jawatan

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia adalah langkah terbaik bagi Dr Mahathir dengan meninggalkan badan-badan atau syarikat kerajaan apabila tidak lagi sehaluan dengan kerajaan.

Katanya, sukar bagi pihak kerajaan jika seseorang yang tidak bersama dengan dasar kerajaan dan pada waktu yang sama memegang pelbagai jawatan dalam badan dan syarikat berkaitan kerajaan, walaupun ia hanya sebagai penasihat.

“PROTON bukan syarikat kerajaan, namun ia mempunyai hubungan dengan Dasar Automatif Negara dan tentunya PROTON memerlukan beberapa sokongan teknikal dan kewangan daripada pihak kerajaan,” katanya pada sidang media di Washington DC, hari ini.

Bekaps Perdana Menteri itu semalam mengumumkan turut melepaskan jawatan selaku Canselor Universiti Teknologi Petronas dan masing-masing, penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).

Mengulas mengenai kedudukan Dr Mahathir di Yayasan Kepemimpinan Perdana, beliau berkata setakat ini tiada desakan supaya beliau mengikut langkah yang sama.

PROTON Holdings dalam satu kenyataan petang semalam mengumumkan peletakan kedua-dua jawatan Dr Mahathir dalam syarikat itu.

Ketua Setiausaha Negara sudah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan berkenaan, kata kenyataan itu.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri