Tun Mahathir disaran tubuh parti baru – Pengerusi BNBBC

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata demikian kerana ini adalah waktu terbaik bagi Dr Mahathir menilai sama ada beliau benar-benar mendapat sokongan rakyat.

“Beliau disarankan berbuat demikian jika mahu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bulan depan,” katanya dalam satu laporan di Barita Harian Online.

Ujarnya lagi, masyarakat pasti tertunggu-tunggu untuk menterjemah deklarasi pada PRK akan datang.

Justeru beliau elok jika Dr Mahathir tubuh parti sendiri dan tidak perlu berkempen untuk pihak lain.

“Tubuh parti politik sendiri dan letak calon pada PRK ini. Dalam dunia politik, suara rakyat penting sebagai pembuat keputusan, maka biar rakyat membuat pilihan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jom Belajar Koding (JBK) anjuran Biro Profesional Muda Pemuda UMNO Pusat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata penglibatan Dr Mahathir membantu pembangkang pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN).

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri