Tun M tidak tahu keputusan Khairuddin keluar parti

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, oleh itu beliau akan mengesahkan perkara itu dengan Khairuddin sebelum membuat sebarang ulasan mengenainya.

“Saya tak tahulah, saya tak dengar lagi, saya kena mengesahkannya dengan Khairuddin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan buku ‘Stealth: The New War Machine’ dan memperkenalkan buku ‘From Beirut To Jerusalem’ versi Mandarin di Yayasan Keamanan Sedunia Perdana, di KUALA LUMPUR sebentar tadi.

Ditanya sama ada keputusan itu sesuatu yang mengejutkan, Dr Mahathir berkata: “tak tahulah betul ke tidak, saya kena cakap sendiri Khairuddin”.

Khairuddin tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan sama ada keputusan meninggalkan parti itu dimaklumkan atau tidak kepada Dr Mahathir.

Malam tadi, dalam satu kenyataan kepada media Khairuddin mengumumkan keputusannya keluar parti serta merta.

Tindakan itu diambil untuk membolehkan beliau memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang sedang berlangsung.

Beliau pernah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tahun lalu.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri