Speaker Dewan Rakyat itu berkata bekas perdana menteri tersebut bertanggungjawab terhadap pemansuhan akta yang bertujuan untuk memisahkan kuasa Eksekutif, badan kehakiman dan perundangan di negara ini.
“Perkara ini seolah-olah hilang dalam resolusi mereka untuk menegakkan institusi Parlimen,” kata Pandikar merujuk kepada gesaan pembangkang.
“Pada tahun 1992, apabila beliau (Dr Mahathir) berkhidmat, beliau memansuhkan akta ini yang penting bagi mana-mana institusi Parlimen di dunia.
“Mengapa? Ini adalah soalan yang Ahli Parlimen pembangkang perlu bertanya kepadanya,” katanya pada sidang media di sini, Khamis.
Pada Selasa lalu, Dr Mahathir mendakwa bahawa demokrasi tidak lagi wujud dalam tembok Parlimen.
Dakwaan itu berpunca daripada tiga bekas anggota Kabinet sedang disiasat oleh polis berhubung ucapan mereka di Dewan Rakyat. –mStar