Ini berikutan jawapan yang diberikan oleh bekas perdana menteri itu dalam forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971. semalam yang tidak secara langsung menjawab soalan sama ada beliau menolak akta itu.
Sebaliknya, beliau menyeru supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan.
Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Mukmin Nantang berkata beliau melihat Mahathir seolah-olah berada di pihak mahasiswa namun sebenarnya mempunyai niat lain iaitu mempergunakan mereka dan Anis dalam menjatuhkan Najib.
“Mahathir gagal nyatakan pendiriannya tentang masalah mahasiswa dan rakyat Malaysia hari ini. Mahathir ingin gunakan aktivis mahasiswa, dia cuba kelirukan mahasiswa seolah-olah nak sokong mahasiswa,” katanya. –Tamil Malar