Tun M mungkin tidak sertai Bersih 5

“Pada 19 November, berdasarkan rancangan yang dibuat sebelum ini, saya akan berada di luar negara pada hari tersebut,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu temu bual radio yang telah dirakam bersama aktivis sosial Hishamuddin Rais.

Dr Mahathir, bagaimanapun, menyatakan sokongan beliau terhadap Bersih 5 dan menyeru semua rakyat Malaysia dan parti-parti pembangkang untuk menyokong perhimpunan tersebut.

“Setiap parti pembangkang termasuk PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) mesti menyertai perhimpunan Bersih untuk membersihkan pilihan raya. Apabila ia tidak bersih, tidak memberi sebarang makna,” katanya.

Wawancara itu disiarkan di laman web Radio Bangsar Utama pada pukul 9 malam Rabu.

Dalam video terdahulu pada pagi Rabu, Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia perlu menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kerajaan dengan menyertai Bersih di Dataran Merdeka dan tempat-tempat lain.

“Saya harap semua rakyat Malaysia akan mengambil bahagian dalam demonstrasi oleh Bersih,” katanya dalam video dua minit itu.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri