Tun Mahathir lepas jawatan Pengerusi Proton, agensi kerajaan

 Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, surat berkenaan telah diserahkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar pada 30 Mac 2016.
“Tun Dr Mahathir telah meletakkan jawatan selaku Pengerusi Proton Holidings yang berkuat kuasa 30 Mac 2016,” memetik kenyataan tersebut.
Perkara berkenaan turut disahkan oleh Proton melalui satu kenyataan yang diedarkan kepada media dan menghormati keputusan yang diambil mantan Perdan Menteri itu.
Dr Mahathir juga meletakkan jawatan selaku Canselor Universiti Petronas (UTP), Penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Kedah, dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA) Pahang.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia