Tun M kagum individu berpangkat tinggi sokong Najib

Beliau berkata, pihak berkenaan juga tergamak mencium tangan Najib yang digelarnya sebagai pemimpin yang dipuja-puja.

Mahathir berkata individu terbabit tentu tahu ada “bukti mencukupi” untuk Jabatan Kehakiman AS mengaitkan perdana menteri dengan skandal 1MDB yang disiasat pihak berkuasa di negara berkenaan.

“Tetapi mereka terus menerima Najib sebagai pemimpin, berkerumun di sekelilingnya untuk bersalaman dan mencium tangannya. Kelompok elit tertinggi pun bersama dia.

“Di negara lain, seseorang pemimpin akan disingkirkan atau sekurang-kurangnya digantung apabila siasatan ke atasnya dijalankan bagi memastikan kesahihan sesuatu dakwaan. Tetapi ia berbeza di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata ia berbeza, apabila orang ramai termasuk pemimpin yang dilantik parti dalam kerajaan dan kedudukannya sangat penting, masih terus menyokong kepimpinan Najib. –Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal