Tun M akui kerugian namun tidak pernah lesap duit rakyat

“Ketika saya memerintah negara ini, saya pernah tegas dalam beberapa hal sehingga mengakibatkan beberapa kerugian kepada negara.

“Tetapi saya tidak pernah mencuri duit rakyat atau kerajaan. Saya juga pulangkan hadiah-hadiah yang saya dapat kepada kerajaan,” katanya.

Laporan Malaysiakini yang memetik Mahathir sebagai berkata, beliau juga menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu beliau meletak jawatan.

“Saya dapat menjimatkan gaji saya semasa kerja sebagai PM, timbalan PM, ini kerana segala perbelanjaan rumah, elektrtik dan pengangkutan ditanggung oleh kerajaan,” katanya.

Tambah Mahathir, beliau membeli rumah dengan duit gajinya melalui pinjaman kerajaan dan sudah lama membayar hutang itu. – Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal