Tukang sapu mengeluh 10 bulan gaji tidak dibayar

Bagaimanapun, sudah 10 bulan gaji mereka masih tertunggak dari majikan kontraktor itu menyebabkan mereka dalam keadaan kesedihan menjelang sambutan Deepavali pada 29 Oktober ini.

Para mangsa terjejas telah menyerahkan memorandum kepada Jabatan Sumber Manusia untuk tindakan sewajarnya.

Syarikat kontraktor itu didakwa dilantik dibawah Kementerian Pendidikan dan beropersi di tujuh buah sekolah dengan 51 pekerja digaji secara kontrak.

Sejak 2012 hingga 2015, kesemua pekerja terbabit tidak dibayar gaji selama 8 hingga 10 bulan.

“Kami mahu pihak bertanggungjawab membayar gaji yang masih tertunggak dan sangat menyedihkan apabila memaklumkan syarikat kontrak kami sudah muflis.

“Kenapa maklumat ini tidak dimaklumkan sejak awal lagi pada tahun 2015 supaya kami boleh mencari kerja lain untuk menampung tanggungan keluarga kami,” dakwa mereka lagi.

Laporan dibuat kepada Kementerian Pendidikan dan diminta satu tabung dana khas disediakan untuk menjelaskan tunggakan gaji pekerja berkenaan. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal