Tukang masak perdagang wanita mengaku tidak bersalah

Foong Kar Choon, 27, dituduh memperdagangkan tujuh wanita Thailand bagi maksud eksploitasi seksual bersama seorang lagi yang masih bebas antara 12 Julai hingga 15 Ogos lepas.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pusat terapi bekam di Lapangan Symphony Business Park, Ipoh antara pukul 10 pagi hingga 2 pagi.

Tertuduh berhadapan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Hakim S. Indra Nehru membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM70,000 bagi kesemua tujuh pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 23 Dis ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof, manakala tertuduh diwakili peguam Mahinderjit Singh. -Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap