Ketua Polis Negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, dua suspek ditahan ketika cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Pagoh.
Terdahulu, hasil maklumat orang ramai, lima lelaki berusia antara 18 dan 20 tahun ditahan di Pelangi Indah.
“Dua suspek yang cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur berusia dalam lingkungan 20an. Mereka ditahan di KM142.4 dekat Pagoh,” kata Wan Ahmad pada Khamis.
Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barang dipercayai milik mangsa daripada kedua-dua suspek.
“Semua suspek akan direman,” katanya.
Pada Rabu, mayat M. Mariayee, 56 dan C.Durga Devi ditemui dengan kesan kelar pada kira-kira 10.30 pagi di rumah di Jalan Beladau 40, Taman Puteri Wangsa di sini.
Cucu Mariayee yang berusia tiga tahun juga berada di rumah sama, tetapi tidak cedera.