Tujuh lagi kes baharu Rotavirus di Kedah

Beliau berkata, mangsa terdiri daripada kanak-kanak berumur di antara 10 bulan hingga 29 tahun yang mengalami muntah-muntah dan cirit-birit selepas berkunjung ke Bukit Merah Lake Town di Perak pada 24 Sept lalu.

Katanya daripada jumlah itu, dua pesakit mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dan tiga lagi mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Kedah.

“Dua lagi masih mendapat rawatan dan dalam keadaan stabil, masing-masing di Hospital Kulim dan Yan,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar pada Ahad.

Norhizan berkata, jumlah keseluruhan kes akibat jangkitan Rotavirus sehingga kini ialah 24 orang sejak kes itu dilaporkan pada 28 Sept lepas, dan 13 kes positif Rotavirus disahkan setakat ini.

Rotavirus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan perut dan usus, sering menyerang kanak-kanak terutama kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah dengan gejala seperti cirit-birit, demam dan sakit perut. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap