Tugu peringatan untuk buruh paksa Malaya di landasan maut Burma-Siam

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, usaha dan proses kearah inisiatif itu akan diambil kerajaan selepas ini sebagai tanda peringatan.

Jepun memulakan pembinaan landasan maut itu demi tujuan perdagangan dengan Jepun semasa penjajahannya di Malaya pada tahun 1942. Projek yang perlu disiapkan dalam tempoh 13 bulan itu dikatakan dibina oleh tahanan perang yang dibawa oleh Jepun.

“Tetapi Jepun membawa lebih 270,000 orang awam iaitu India, Melayu dan Cina dari Malaya dan menjadika mereka sebagai buruh paksa untuk pembinaan itu.

“Akibatnya ramai yang mati di situ tanpa pulang kepada keluarga di Malaya, dan kini ia perlu direkodkan dalam arkib negara secara teratur.

“Kementerian Pelancongan akan memberi sepenuh kerjasama untuk melaksanakan proses itu yang telah dibincangkan oleh sebuah organisasi bersama saya mengenai hal ini termasuk sebuah tugu peringatan mengenang kematian rakyat kita di sana,” katanya.

Sukarelawan kumpulan penyokong mangsa landasan kereta api maut oleh Aktivis P. Chandrasegaran telah membincangkan perkara itu bersama Nazri Aziz.

Katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Thailand mengenai rancangan tersebut.

Nazri berkata generasi muda di negara ini perlu mengetahui sejarah pahit itu selain mahu segala bahan berkaitan landasan maut itu dipamerkan di Muzium. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal